Kali ni Diana nak try masuk competition ni sekali lagi dari Mom Blogger's Planet ...Mana tau kali ni rezeki Adrian...Bulan ni theme dia agak berbeza tapi unik...."Cutest Baby in NATURE Contest"...
So Adrian...Chaiyok!!!!
Daddy and Mommy's Prince : Adrian Fierzani Bin Mohd Faizal
Date of Birth: 28th August 2008
Age: 1 year 2months
Gambar ni diambil di Taman Belia di Pulau Pinang...Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga sebab tempat ada pelbagai kemudahan...Antaranya kolam untuk berkelah, taman untuk beriadah, padang memanah dan sesuai untuk mereka yang minat "hiking"...Istimewanya taman ni adalah ia terletak di tengah bandar Pulau Pinang tapi masih mengekalkan keindahan alam semulajadinya...Bagi mommies di luar sana, anda mesti singgah ke tempat ni jika bertandang ke Pulau Pinang kerana anak anda pasti menggemari tempat ni...
Bercerita tentang kebaikan membawa anak-anak kita menikmati keindahan semulajadi ni pulak banyak sebenarnya...Antaranya kita dapat mengajar anak kita sesuatu yang baru, sebagai contoh dia dapat mengenal apa itu rama-rama...Bahkan kita dapat memupuk sifat ingin tahu dan keberanian mencuba untuk anak kita...Bukan sahaja ianya mendatangkan pada anak kita malah kita juga turut merasa kebaikannya...Di samping menikmati udara yang segar dan nyaman, kita dapat menyihatkan tubuh badan malah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan...Jadi, para Mommies di luar bawalah anak anda menikmati aktiviti ini kerana ianya sesuatu yang istimewa dan menyeronokkan!!!
Buat semua, jika anda ingin bersama menyertai pertandingan ini, kunjungilah laman web ini:-
Buat Mom Bloggers, terima kasih sebab sudi menganjurkan pertandingan sebegini...Tak lupa buat sponsor yang sudi menyumbangkan hadiah yang cukup menarik untuk pertandingan ini:-
1 comment:
kak diana,..bile nk tambah agi sorg?ke dah tambah da..haha
Post a Comment